Thursday 28 June 2012

Sijil untuk yang masih dara ?



Pelik tapi benar, memang status dara atau tak, diperiksa di sebuah penempatan di Afrika. Perempuan dara umumnya dikenali sebagai seorang gadis yang belum pernah melakukan sebarang aktiviti seksual. Dara atau tak memang sesuatu yang dipandang di Afrika. Satu sesi pemeriksaan dan ujian diadakan sebelum perempuan-perempuan tersebut mendapat sijil dara. Semasa ujian dujalankan gadis-gadis ini akan baring di atas tikar dan akan ada seorang wanita yang lebih tua antara masyarakat mereka untuk memeriksa vagina mereka dan mengumumkan sama ada dia masih dara atau tidak. Tujuan sebenar ujian/pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk membezakan yang mana di anatara mereka layak untuk berkahwin, dan yang paling penting adalah bagi mengelakkan menularnya wabak HIV/AIDS.








Wednesday 27 June 2012

Seorangng pekerja bermandikan coklat



KENOSHA, Wis. -  Donovan Garcia seorang pekerja di sebuah kilang coklat telah terjatuh ke dalam tong coklat ketika sedang melakukan kerja. "Ianya ada pada rambut saya, mulut saya, di mana-mana", kata Gracia yang telah bekerja di kilang tersebut selama dua tahun."Saya berasa seperti berat saya 900 pound. Saya tidak dapat bergerak."dan suhu coklat tersebut adalah 110 darjah, lebih panas daripada tab mandi, kata Kapten Greg Sinnen Kenosha Jabatan Bomba.  Garcia telah terperangkap dua jam di dalam cairan coklat tersebut sebelum dapat diselamatkan dan dihantar ke pusat perubatan oleh anggota penyelamat.




\

sumber : link

Tuesday 26 June 2012

Kreativiti dekorasi mentol lampu



















Dekorasi mentol lampu yang memang cukup kreatif !!

Benarkah ? kurita berkepala manusia


Betul ke tak ni?...........

Aneh tapi nyata, itulah yang dialami Ita (42) warga Jalan Berok I No 48, Kelurahan Berok Nipah, Kecamatan Padang, Kota Padang, Sumatera Barat. Dia dikejutkan oleh gurita yang dimasak menyerupai kepala manusia, Minggu (4/1/2009).
Menurut Ita, peristiwa itu berawal ketika dia memasak gurita. Tiba-tiba, mendadak kepala gurita yang dimasaknya nongol di dalam kuali. Dia langsung terperangah karena gurita yang dimasak tak seperti biasanya.
“Saya terkejut. Ketika saya masak gurita, mendadak kepala gurita itu nongol di dalam kuali menyerupai kepala manusia,” katanya.


sumber : link





Monday 25 June 2012

Suku Kaum yang menyumbat hidung


Suku Kaum Apatani yang mendiami daerah Arunachal Pradesh di India yang dianggap tradisi pertanian mereka sangat efisyen kerana dilakukan tanpa sebarang mesin atau binatang, namun kaum ini juga mempunyai tradisi pelik ,yang mana di kalangan wanitanya menyumbat dan menutup hidung mereka sendiri, menurut mereka ini untuk mengelakkan atau menakutkan suku kaum lain, dipercayai kaum wanita dari suku Apatani ini sering diculik oleh kaum-kaum lain yang terdekat kerana dianggap paling cantik antara suku-suku Arunachal.







Bandar Sampah



Bandar sampah atau garbage city di Kaherah Mesir, yang dipenuhi dengan sampah yang bertimbun. Ianya dihuni oleh sekumpulan pekerja yang dipanggil Zabbaleen yang secara peribadi mengumpul, mengguna semula, dijual atau membiarkan sisa-sisa yang lainnya. Gambar-gambar ini menunjukkan keadaan bandar sampah dari pelbagai sudut







Sunday 24 June 2012